Muscadine Grape dalam Produk Kecantikan






Dulu,viral muscadine grape ini sebab ia bahan utama dalam produk vivix Shaklee. Viral sebab harga vivix ini katanya agak mahal. Tapi kalau nak benda baik memang kena bayar lebih sikit la, puas hati dapat result dia yang memang superb.

Selepas itu, viral pula set penjagaan kecantikan yang menggunakan muscadine grape sebagai bahan utama. Muscadine grape ini sejenis anggur yang mengandungi polifenol yang merupakan kumpulan antioksidan yang sangat tinggi(high antioxidant). Sebelum itu, kena tahu apa fungsi muscadine grape ini dalam produk kecantikan.

Fungsi Muscadine Grape Dalam Produk kecantikan:


1) Melindungi dan memperbaiki  DNA sel
2) Menghalang kerosakan kolagen dan elastin (anti-aging effect)
3) Memperbaiki kulit
4) Mengurangkan garis halus dan kedutan

Haa,,power kan muscadine grape ini.

TIGA PRODUK SKINCARE YOUTH SHAKLEE YANG MENGGUNAKAN MUSCADINE GRAPE SEBAGAI BAHAN UTAMA IAITU:




1) Pencuci Luminious Gel Oil Cleanser
2) Toner Perfecting Skin Toner
4) Pelembab Age Defense Moisturizer-SPF50

Pengalaman Menggunakan Skincare YOUTH Shaklee


Ok kalau nak tahu, Kak Liza jenis muka sensitif, sebelum ini memang dah guna macam-macam produk skincare dari dalam dan luar negara, tapi memang tidak sesuai dengan muka. Kak liza habis beratus-ratus sebulan sebab nak cari skincare yang sesuai dengan muka kak Liza. Sebenarnya, apa masalah kulit Kak Liza ini. Dari zaman sekolah, muka tak ada masalah,licin gebu gebas (hiks, perasan pula). Cuba tengok muka innocent kak liza zaman sekolah.



Sampai  tahun terakhir ketika bergelar mahasiswi di salah sebuah universiti di Malaysia, kulit Kak Liza mula menujukan perubahan yang teruk dan ketara. Jerawat mula memenuhi muka. Penuh sampai tidak boleh beza mana jerawat mana tahi lalat (hehe. over sangat Kak  liza kan).

Maka bermulalah fasa mencuba produk itu dan ini, ada juga sampai pergi jumpa doktor, doktor minta Kak Liza consume antibiotik untuk muka. Masa makan ubat doktor tu memang ok, berkurang, tapi sebulan selepas itu, muka kembali bermasalah.

Kak liza cuba dan terus mencuba. Menjadi lumrah wanita, nak jaga penampilan mereka. Muka ini rasa macam salah satu aset penting la kan.  

Dan Alhamdulillah Kak Liza dipertemukan dengan YOUTH awal  September 2018.  Masa itu, baru nak run bisnes spa sendiri, Hijrah D’Beauty Spa. Trainer bagi tahu yang spa ini akan menggunakan produk skincare YOUTH Shaklee. Jadi, bila dah plan nak buat bisnes spa, kena la kita cuba sendiri produk yang kita nak gunakan untuk tepek kat muka orang kan. Tidak dinafikan memang banyak testimoni orang lain pasal produk skincare YOUTH ini, tapi Kak Liza memilih untuk mencuba sendiri supaya lebih puas hati dan yakin untuk tepek dekat muka customer.

Coppp! Sebelum tukar produk apa-apa jenama produk kecantikan, kita kena bagi muka rehat seminggu. Dalam tempoh semiggu ini, ,kena buat detox muka dulu. Selepas detox, kita akan rasa muka ringan tanpa sebarang produk. Kemudian baru  Kak Liza cuba pakai YOUTH Shaklee ini.

Untuk permulaan tak boleh start pakai semua produk dalam set tersebut sebab kita tidak mahu kulit kita terkejut menerima produk baru.. Kena pelan-pelan bagi muka kita terima sikit-sikit. Mula-mula Kak Liza pakai Luminious Gel Oil Cleanser(Cleanser) sahaja dulu, sehari sekali. Selepas seminggu, dua kali sehari , tambah Perfecting Skin Toner (toner) selepas mencuci. Seminggu selepas itu, baru tambah Age Defense Moisturizer (moisturizer) dan Advanced Renewal Night Cream (krim malam).

Untuk tambahan, sangat disyorkan untuk memakai YOUTH Activating Serum (serum) sekali dengan moisturizer atau night cream sebab ia sangat membantu penyerarapan dengan lebih cepat dan maksimum. Jadi, tidak la membazir pakai moisturizer itu bila penyerapan tidak maksimum.

Testimoni Sebenar YOUTH Shaklee


Jom tengok perubahan kulit Kak liza. Kak liza ada rekodkan perjalanan kulit Kak Liza untuk capai kulit yang sihat dan segar bermaya. Healing process biasa berlaku apabila kita mencuba produk yang  baru. Kak Liza terus pakai YOUTH ini sehingga sekarang. Alhamdulillah kulit Kak Liza semakin sihat kan.

Yang seronoknya produk ni natural product, jadi tidak perlu risau untuk kulit sensitif macam kak liza. Memang nampak macam lama nak tunggu kesan nya, tapi produk organik memang ambik masa untuk nampak kesannya, tetapi insyaAllah, kak Liza yakin, slowly but surely.  Yang pastinya ia selamat digunakan, tanpa Kak Liza perlu risau dengan bahan kimia didalamnya yang pasti tidak merosakkan kulit walaupun kita sudah berhenti menggunakannya.

Kalau tengok muka Kak Liza yang terkini, masih ada beberapa ketul jerawat yang timbul dan ada lagi sikit kesan parut jerawat yang lama. Kak liza ok dengan itu, Kak Liza akan terus konsisten pakai Set Skincare YOUTH ini untuk capai kulit impian Kak Liza. Jadi, bagi korang yang ingin kulit yang sihat, roger Kak Liza. InsyaAllah Kak Liza memang nak bantu untuk bagi nilai tambah pada setiap orang khususnya kaum wanita.

Hampir sebulan menggunakan YOUTH, jerawat masih banyak tetapi muka nampak lebih segar.

Healing process, ada jerawat yang naik di kawasan sebelah bibir dan bawah pipi (tulang rahang).

Selepas 3 bulan, jerawat kurang naik, dan bekas parut jerawat muka hilang tapi belum sepenuhnya.

Dahi dah bersih dari parut jerawat, tempat lain masih dalam proses untuk lebih sihat.

Itu sahaja perkongsian pengalaman Kak liza menggunakan YOUTH hingga sekarang. Kak Liza kini semakin yakin untuk bantu lebih ramai wanita untuk mendapatkan kulit impian meraka.


Sekarang ini ada promosi YOUTH tau, Jimat sehingga RM390. Jom grab sebelum promosi tamat.

Roger Kak Liza, LizaHijrahDBeauty di link ini :


Saya nak promosi YOUTH

Cik Noraliza
Pengasas Hijrah D'Beauty (Home And Mobile Spa)
+6011 1564 0454
Book slot facial anda sekarang!
"KECANTIKAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"


Comments

Popular Posts