14 Kelebihan Sauna Atau Mandi Wap Yang Wajib Anda Tahu


Sauna atau mandi wap sudah menjadi amalan tradisi sejak zaman dahulu lagi. Sauna mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah ia juga mempunyai khasiat kecantikan yang ramai orang belum tahu.


Perbandingan Bersauna Dengan Aktiviti Fizikal Yang Lain


  •  Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori
  • Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
  • Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
  • Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori
  • Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori

14 Kebaikan Sauna Atau Mandi Wap Untuk Anda



1) Proses Detoksifikasi


Pernah anda tahu, sauna dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Ramai orang belum tahu dengan bersauna, merupakan salah satu cara detoksifikasi tubuh badan. 
Detoks akan mengeluarkan toksin badan melalui peluh dari tubuh badan anda.

2) Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan


Kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak dan kalori tubuh badan anda. Sauna menjadi salah satu cara untuk menurunkan berat badan selain bersukan dan menjaga pemakanan. Lemak-lemak yang dibakar ketika bersauna menjadikan berat badan menurun sekaligus memberi anda bentuk badan yang diidamkan.

3) Melegakan Otot Dan Urat


Dengan bersauna, anda dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega selepas bersauna. Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang 
mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya peredaran darah akan meningkat dan ini membantu proses penyembuhan semulajadi.

4) Merehatkan Minda dan Emosi Serta Mengurangkan Stres


Nyaman,tenang dan rileks. Anda dapat merehatkan minda dan emosi dengan bersauna. Nikmati rasa tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu dan selepas bersauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan meransang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.

5) Menyihat Dan Menganjalkan Kulit


Semua orang terutama kaum wanita inginkan kulit yang sihat dan anjal. Setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda, anda akan merasakan kulit anda lebih sihat dan anjal. Jika anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.

6) Mencantikkan Kulit Muka


Ramai tidak percaya, sauna membantu kulit anda menjadi lebih cantik, sihat dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Kebaikan sauna dari segi kecantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.

7) Menyembuhkan Pelbagai Penyakit


Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga berkurang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang berkaitan sistem percernaan, perut dan lain-lain.

8) Membakar Kalori Dan Melangsingkan Tubuh Badan

Percaya atau tidak, bersauna membantu mendapatkan tubuh badan langsung dan ramping. Lemak dan kolestrol akan pecah dan memudahkan anda mendapat bentuk tubuh badan yang ideal, cantik dan ramping. Proses berpeluh menggunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. 
Penyelidikan perubatan mendaoati seseorang itu boleh berpeluh sebanyak 500 gram dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.

9)Membuang Daki Dan Mencerahkan Kulit


Untuk mendapatkan kesan optimum apabila berscrub, anda disyorkan bersauna terlebih dahulu sebelum berscrub. Scrub menjadi lebih mudah dan daki lebih senang ditanggalkan selepas bersauna. Menarik bukan. Sekaligus kulit akan menjadi lebih cerah. Sauna bertindak balas dengan dermis dan epidermis kulit anda serta pigmentasi kulit tubuh.

10) Melancarkan Peredaran Darah


Pelbagai faktor seperti pemakanan, dan gaya hidup menyebabkan aliran darah anda tidak normal. Salah satu kebaikan bersauna ialah membantu melancarkan peredaran darah tubuh anda. Sangat bagus melakukan sauna untuk kesihatan dalaman, darah dan jantung anda.

11) Menghilangkan Bau Badan


Adakah anda sedang mencari alternatif untuk menghilangkan bau badan anda atau anda dikelilingi orang yang mempunyai masalah bau badan? Penat fikirkan cara 
menyelesaikan masalah ini. Kini tidak lagi menjadi masalah, anda boleh mendapatkan manfaat dari bersauna. Cuba untuk amalkan sauna setiap minggu, pasti anda sudah tiada masalah bau badan. 

12) Membuang Angin Dari Badan


Setelah melakukan sauna, angin dari badan akan keluar dengan mudah. Ia akan 
mengelakkan daripada migrain, sakit kepala, dan lenguh-lenguh badan.

13) Melancarkan Sistem Pencernaan



Ada orang yang mengalami masalah penghadaman, pencernaan dan juga masalah pembuangan(selulit). Kebaikan sauna adalah dapat melancarkan sistem percernaan tubuh anda. 

14) Memulihkan Luka-Luka Dalaman Selepas Bersalin




Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. 

Kesimpulan

Sauna mepunyai banyak kebaikan. Selain kebaikan sauna yang dikongsi di atas, ada lagi kebaikan lain tidak disenaraikan disini.

Anda yang ingin mencuba dan merasakan sendiri kebaikan bersauna, boleh dapatkan 
servis dari team Hijrah D’Beauty Spa. Khas untuk orang Pontian dan Tangkak.

Grab promosi terkini Hijrah DBeauty Spa👇👇👇

Direct PM 👉 Liza


Cik Noraliza
Pengasas Hijrah D'Beauty Spa (Home And Mobile Spa)
Shaklee Independent Distributor
Liza Hijrah DBeauty +6011 1564 0454



Comments

Popular Posts