5 Alasan Kenapa Anda Mesti Buat Rawatan Facial
Anda mesti
orang yang suka atau teringin berfacial kan?
Siapa yang
tidak suka dapat belaian dimuka dengan lembut. Syok sangat.
Ok, bila
kali terakhir anda buat facial? Atau tidak pernah?
Kalau anda
orang yang mementingkan penjagaan wajah, sepatutnya anda 'reward diri’ ke spa sebulan sekali demi memastikan muka anda tiada
mengalami sebarang masalah.
Apa Itu Facial?
Facial (Perawatan wajah) merupakan gabungan
rawatan penjagaan dan mengatasi masalah kulit untuk muka. Rawatan yang
dimaksudkan termasuklah pembersihan muka, memperhalus kulit, mengecilkan
pori-pori, penyingkiran kulit mati, membekalkan kelembapan dan nutrisi.
5 Alasan Kenapa Anda Mesti Buat Rawatan Facial
Banyak jenis
rawatan kulit yang ada sekarang, dan
salah satunya adalah facial. Penting untuk anda lakukan rawatan facial untuk
mengetahui kondisi dan merwat kulit anda yang sentiasa berubah mengikut cuaca, hormon
dan elemen yang lain.
Disini,
kami bongkarkan 5 alasan tersebut:1) Membekalkan
Nutrisi Kepada Kulit Muka
Beauticican
akan memastikan produk yang disapu pada muka mendapat penyerapan yang penuh. Contoh
pemaikaian moisturizer lebih baik dipakai sekali dengan serum supaya penyerapan
berlaku secara maksimum. Beautician juga ada menggunakan alat ionizer untuk
meratakan dan penyerapan ke seluruh bahagian
muka.
2) Muka Lebih
Rileks Dan Naik Seri.
Beautician akan membantu anda merasa tenang dan
rileks dengan urutan di point-point stress yang ada di bahagian muka. Ini
kerana stress juga penyebab berlaku masalah wajah seperti jerawat, muka tiada
seri dan nampak tua/matang dari usia sebenar.
Beautician
akan mengurut muka anda dengan teknik yang betul. Dengan itu, aliran darah di
muka menjadi lebih lancar dan sekaligus membantu menegangkan otot di bahagian
muka dan kepala.seterusnya menjadikan muka nampak lebih sihat berseri.
3)
Membersihkan Pori-Pori
Facial dapat
membersihkan kulit hingga ke pori-pori.
Cuba kita
ambik contoh kenapa kita buat rawatan gigi sedangkan kita dah gosok gigi
hari-hari? Kita masih perlu buat rawatan untuk memastikan gigi kita berada
dalam keadaan elok dan tidak bermasalah.
Jadi,
walaupun kita dah mencuci muka kita hari-hari , muka kita juga masih perlukan
rawatan yang lebih dari beautician. Biasanya, untuk membersihkan pori-pori, beautician
akan melakukan proses pengewapan (steam) untuk membuka pori-pori sebelum poses
pembersihan dilakukan dengan lebih berkesan.
4)Proses Pengantian Kulit Lebih Sempurna
Penggantian
maksimum kulit lama ke pada kulit baru adalah pada hari ke-25 hingga hari ke-28
.(baca lebih : skin-menstrual-cycle )
Untuk mengetahui kiraan hari ni, anda boleh kira
bermula hari pertama datang haid.
Jadi ,masa inilah waktu terbaik untuk
dapatkan servis spa. Scrub muka dan seluruh badan, baru hilang semua
kulit-kulit lama dan diganti dengan kulit baru, menjadikan kulit semakin cerah
dan berseri-seri. Seronoknya!
Namun demikian,
kulit mati juga masih terhasil setiap hari walau dalam kadar yang sedikit.
Apa jadi
kalau kulit lama tidak hilang dengan sempurna? Sudah tentu muka kelihatan kusam, hilang seri
muka, timbul bintik-bintik hitam, dan tona kulit tidak sekata.
Oleh itu, rawatan
facial dapat meransang prouktiviti kolagen dan elastin kulit, seterusnya akan menghilangkan
kedutan di wajah.
5) Kulit
Wajah Semakin Sihat Dan Cantik
Penggunaan produk
ketika facial pastinya mempunyai bahan-bahan yang membekalkan nutrient yang
baik untuk muka dan menyerap jauh ke dalam kulit. Oleh yang demikian, rawatan facial
akan melambatkan penuaan , mencerahkan kulit, sebagai antioksidan, memperbaharui
sel kulit mati, dan pastinya merawat kulit yang bermasalah.
Jadi, sebelum
berfacial, pastikan anda memilih servis spa yang menggunakan natural produk dan
selamat.
Jadi Tahukah Anda, Bagaimana Untuk Dapatkan Slot Facial Yang Kulit Anda Perlukan?
Pastinya Hijrah
D’Beauty ada menawarkan pakej Full Facial Treatment yang kulit muka anda
perlukan. Kami menggunakan skincare YOUTH Shaklee, revolusi penjagaan wajah
yang sempurna, selamat dan berkesan. Beautician kami adalah yang berpengelaman
dan sedia berkhidmat untuk membantu anda mendapatkan kulit muka yang anda
idam-idamkan.
Cik Noraliza
Pengasas Hijrah D’Beauty (Home And Mobile Spa)
Pengasas Hijrah D’Beauty (Home And Mobile Spa)
+6011-15640454
“KECANTIKAN
ANDA, KEUTAMAAN KAMI”
Comments
Post a Comment