Tips Urutan Di Kepala Ketika Facial Untuk Menghilangkan Stress



“Urutan dalam sesi ‘face massage’ meringankan kepala saya”, respon pelanggan spa Hijrah D’Beauty.

Kak Liza nak berkongsi sedikit tentang rahsia bagaimana membuatkan pelanggan spa kita merasa lebih ringan kepala dan lebih rileks selepas membuat rawatan facial.

Di bahagian kepala kita, ada 5 titik acupressureTitik-titik ini perlu diberi sedikit urutan ringan atau tekanan ketika sesi face massage.

Cara mengurut) di bahagian titik-titik ini, beautician akan urut dengan tekanan rendah atau dengan pergerakan membulat.

Cuba perhatikan kedudukan titik-titik tersebut dan anda juga boleh cuba sendiri menekan titik-titik tersebut secara perlahan-perlahan. Tempoh urutannya hanya mengambil masa yang singkat untuk setiap sesi tekanan, iaitu dalam masa 30 saat hingga 1 minit.

5 titik tersebut ialah:


1) Titik Yintang

Titik ini terletak di antara kedua-dua kening anda.

2) Titik Zan Zhu

Titik simetri ini terletak di hujung bahagian dalam kening anda.

3) Titik Yinxiang

Titik ini terletak di sebelah lubang hidung dan sebaris dengan mata anda. Anda boleh mencari di bahagian lekuk tulang pipi anda.

4) Titik Tian Zhu

Titik ini terletak di tengah belakang bahagian kepala.

5) Titik Shuai Gu

Titik ini terletak 2-3cm dari permulaan garis rambut anda, anda dapat merasakan seperti ada lekuk di bahagian tersebut.

Hilangkan stress anda dengan berfacial bersama team kami, Hijrah D'Beauty Spa.

Cik Noraliza
Pengasas Hijrah D'Beauty Spa (Home And Mobile Spa)
+6011 1564 0454
"KECANTIKAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"



Comments

Post a Comment

Popular Posts