Pakej Seri Ayu (7+1+1 Rawatan dalam 1 Pakej)



Ok untuk pakej ini, ia adalah gabungan Facial Relax Face Massage (Full Facial Treatment), dicampur dengan Hand Spa  dan Foot Spa.

Baca sampai habis sebab kita ada bagi tambahan RAWATAN PERCUMA istimewa untuk anda.

Kebiasaannya untuk pakej ini, kami akan mulakan dengan Foot Spa, kemudian disusuli Hand Spa, dan terakhir adalah Facial Relax Face Massage.

Kenapa perlu Foot Spa?

1) Untuk hilangkan bau kaki yang tidak menyenangkan terutama jika kita sering memakai kasut bertutup.
2) Membuang kulit mati untuk melancarkan proses penggantian kulit baru.
3) Menjadikan kulit kaki anda lebih halus.
4) Mencerahkan dan meratakan tona kulit kaki anda.

Anda juga sangat digalakkan membuat rawatan Hand Spa. Apakah sebabnya?

1) Menghaluskan tekstur kulit tangan, menjadikan kulit terasa lebih lembut.
2) Menjadikan tona kulit sekata.
3) Tangan nampak lebih segar dan cerah.
4) Membuang kulit mati untuk melancarkan proses penggantian kulit baru.

Untuk Full Facial Treatment, ada 7 rawatan dalam pakej tersebut iaitu:

1) Cleansing

-Membersih dan membuang 'make up' dan kotoran dari muka anda.

2) Steamer

- Membuka liang pori muka anda sebagai persediaaan untuk membersihkan liang pori jauh ke dalam kulit ketika scrub nanti.

3) Scrub Herba

- Menyediakan muka untuk penghasilan kulit baru dengan pembuangan kulit mati,
- Menyingkirkan 'whitehead' dan 'blackhead' ,
- Menghaluskan kulit wajah.

4) Masker Protein

- Membekalkan nutrien kepada wajah anda,
- Menegangkan /menaikkan keanjalan wajah anda,
- Meningkatkan kesrian wajah.

5) Face Massage

- Urutan di point acupressure di bahagian muka membuatkan muka anda terasa segar dan ringan'
- Melancarkan peredaran darah di bahagian muka dan kepala,
- Menenangkan emosi dan kepala dari keserabutan.
- Menaikkan seri wajah.

6) Toner

- Mengecilkan liang pori yang telah dibersihkan tadi.

7) Moisturizer

- Membekalkan kelembapan kulit muka anda, menjadikan anda kelihatan lebih muda.

Sekarang, muka anda sudah bersih berseri selepas membuat rawatan wajah.


Belum habis lagi, kami beri PERCUMA urutan di bahagian leher dan bahu, untuk menghilangkan penat lelah anda yang sibuk melakukan kerja setiap hari, sama ada di rumah mahupun di pejabat.


Ha, syok kan!


Jom hadiahkan slot Pakej Seru Ayu ini kepada diri anda sendiri,bukti anda menyayangi diri sendiri, 



Harga Pakej Seri Ayu:
Harga normal RM129
Harga promosi RM100 sahaja

Cik Noraliza
Pengasas Hijrah D'Beauty Spa (Home And Mobile Spa)
+6011 1564 0454
"KECANTIKAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

Comments

Popular Posts