7 Nilai Utama Yang Liza Dapat Sejak Join TWB


Alhamdulillah, entry kali ini Liza nak berkongsi, 7 Nilai Utama Yang Liza Dapat Sejak Join TWB. Nak tahu bestnya join #TWB, jemput baca sampai habis.

Sebenarnya kalau nak listkan memang banyak sebab best sangat TWB ni, tetapi ini Liza kongsikan dengan anda semua,7 yang utama bagi Liza🌸


1) Kebergantungan kepada Allah sangat kuat. 


Bila bisnes ini, ada pasang surut, rezeki Allah bagi. Nak tak nak memang kena jaga hubungan dengan Dia la kan. ☺️Usaha atau aktiviti kita bukan sekadar dalam bentuk fizikal atau material semata-mata, tapi hubungan dengan Allah memang sangat2 perlu dijaga. Mentor juga selalu ingatkan, kita ada Allah, jangan takut rezeki kita orang lain ambik. Tapi kalau doa tanpa usaha, rasa-rasa nak ke Allah bagi banyak kat kita?🤔 Jawab masing-masing la ya.







2) Senyuman customer menceriakan hari-hariku.



Alhamdulillah bahagia sangat apabila customer dapat merasa #YOUTHeffect dengan belaian dari spa Hijrah D'Beauty. Produk yang Liza guna, YOUTH, sangat memuaskan hati customer. 

Dan spa kami sedia berkhidmat di kediaman anda. Kebanyakkan customer spa Liza adalah yang baru first time buat facial seumur hidup mereka. Bukan sebab tiada duit, tapi disebabkan kekangan masa dan jarak untuk ke salun spa. Jadi, team Hijrah D'Beauty sangat berbesar hati untuk datang terus ke rumah anda dan memberi layanan serta belaian yang terbaik untuk diri anda🌸🌸






3) Pepatah dulu ada mengatakan, BUKIT SAMA KITA DAKI, LURAH SAMA KITA TURUNI.



Walaupun nampak macam bisnes seorang-seorang, kau spa kau, aku spa aku, tapi kami sebenarnya berjaya dalam satu gerabak yang sama #AlumniTWB. Habis training, bukan buat hal masing-masing, tapi disediakan group yang positif, bersemangat, dan hidup.🤝

Bonding dalam team alumni TWB bagai ISI DENGAN KUKU, sangat erat.👩‍👩‍👧‍👦
Ada yang tak pernah jumpa secara fizikal, tapi dapat jumpa dekat dalam group telegram dah macam kawan baik, bila kita tanya atau minta nasihat, mesti ada yang bantu. seronok kan Allah hantar orang baik disekeliling kita kan😊 


4) Tidak mungkin setiap detik yang berlalu boleh diulang. 



Twb mengajar saya tentang penggunaan masa hingga tahap maksimum. Masa berlalu sia-sia jika kita tak cipta sesuatu. Sibuk dengan kejayaan orang sehingga kita punya perancangan tinggal debu-debu berterbangan, tiada hala tuju.
Rancang,susun dan buat,insyaAllah setiap usaha itu ada ganjarannya.kalau mungkin bukan sekarang,mungkin esok baru dapat ganjarannya😍 

Sebab itu, dalam #AlumniTWB, kami ada pelbagai background yang mempunyai komitmen yang tinggi seperti sudah ada anak 3,4 orang, ibu tunggal, bujang tapi berkerjaya, dan sebagainya. Walau sibuk dengan kerja yang sedia ada, tetap boleh run bisnes spa dengan berjaya. 

Kuncinya pengurusan masa🕜





5) Semakin hari semakin kreatif



Liza rasa Liza hebat, alhamdulillah kerana satu -satu potensi dapat Liza cungkil dari dalam diri lepas join #AlumniTWB. 

🌸Sebagai contoh, sebelum ini Liza tengok sahaja hasil poster yang kawan Liza buat untuk program, tetapi rupanya Liza pun ada minat dan bakat dalam mendesign. Semua Poster Hijrah D'Beauty, Liza buat sendiri menggunakan beberapa apps. Walaupun baru 'beginner', dan banyak lagi perlu diperbaiki. Tapi Liza tahu Liza boleh buat dengan baik. Terima kasih juga pada kawan-kawan di #AlumniTWB selalu bagi idea untuk buat poster.

Cuba tengok contoh design yang Liza buat sebelum-sebelum ini.







🌸Contoh lain, Liza juga belajar sendiri cara untuk buat blog sendiri, instagram untuk bisnes dan beberapa perkara baru yang Liza baru terokai lepas join TWB

Jemput tengok medium yang Liza ada untuk bisnes spa ni.

Blog Hijrah D'Beauty
Instagram Hijrah D'Beauty
Facebook Hijrah D'Beauty

Boleh juga bagi cadangan untuk penambahbaikkan,sebab semua medium ini untuk anda semua🌹


6) Berkongsi tidak rugi tetapi menjadikan diri lebih bermanfaat dan berguna


Ha, disebabkan prinsip ini juga, Liza berusaha untuk mempelbagaikan medium untuk berkongsi. Prinsip ini sangat diterapkan dalam kalangan #Alumni TWB. Kami biasa kongsi poster, kongsi gambar, kongsi ilmu, kongsi pengalaman, kongsi kejayaan yang juga akan menaikkan antara satu sama

Dan prinsip ini bukan sahaja untuk #AlumniTWB, tapi diperluas untuk semua orang. Medium-medium yang kami ada ini adalah salah satu cara untuk kami berkongsi info dan maklumat kepada semua orang yang nak sihat luaran dan dalaman😊


7) Menyayangi dan disayangi



Suka tak kalau ada orang sayang kita, mesti suka kan, bahagia sangat rasa😉

Anda tentu juga sayang diri , sama juga macam Liza.

Bila Liza sayang diri sendiri, Liza bantu jaga kesihatan diri,selesaikan masalah diri, dan sentiasa buat yang terbaik untuk diri. Bila join #AlumniTWB, Liza sangat hargai nikmat sihat, nikmat rasa tenang, nikmat dapat rezeki.

Dan Liza sayang juga anda semua. Liza nak bantu anda sihat, bantu anda dapat kulit idaman, bantu anda dapatkan info yang tepat, bantu anda hargai diri dan bantu anda juga untuk tambah pendapatan.

Kenapa Liza buat semua ini? sebab Liza sayang anda semua☺️☺️

Cuba reflek diri sendiri,Bahagiakah anda saat ini? Kebahagiaan yang seperti apa yang patut anda kecapi sepanjang hidup anda🤔

Inilah dia 7 nilai utama yang Liza dapat sejak Liza join #TWB #TheWalkingBeautyProject. 

Hijrah D'Beauty spa bermula 14 September 2019, lebih kurang 6 bulan baru bertapak. Tetapi usia tidak menentukan kualiti. Alhamdulillah Hijrah D'Beauty sudah mula dikenali di Kuala Lumpur dan Johor❤️

Terima kasih kepada pelanggan Hijrah D'Beauty Spa🌸



Cik Noraliza
Pengasas Hijrah D'Beauty Spa (Home And Mobile Spa)
Shaklee Independent Distributor
+6011 1564 0454

Comments

Popular Posts