Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee - Noraliza Maat

Master Noraliza to be InsyaAllah. Berdebar rasa Liza nak share entry kali ni. Besar impian Liza dalam bisnes Shaklee. Besar juga hati Liza untuk menjemput semua yang baca entry Liza kali ini untuk menjadi salah seorang dari Hijrah Empire. Sama-sama kita bina legasi dalam bisnes ni, kecapi kejayaan bersama, bangunkan institusi keluarga, masyarakat, agama dan negara.




Alhamdulillah hari ni sudah 1 tahun 4 hari Liza mula jejak bisnes Shaklee, memulakan Hijrah Empire, banyak kejayaan yang Liza kecapi. Kalau nak disenaraikan semua, takut jadi novel pulak. 





Ok, kali ni Liza nak berkongsi 7 Kejayaan Liza dalam Shaklee sepanjang setahun ni. Rasa nak bermadah kejap. Izinkan ya!

Berkongsi untuk menginspirasi
Berkongsi untuk memberi
Berkongsi untuk mengenali

Di sini impian dipasak
Di sini aku mulakan jejak
Di sini yang mentah akan masak

Ok dah cukup bermadah. Bila bermadah, mula la jiwa meronta-ronta bersemangat luar biasa. Boleh la sambung berkongsi kejayaan dengan korang.

Kejayaan Pertama - Bina Spa Bergerak Sendiri (Hijrah D’Beauty Spa)




Mula-mula Liza join Shaklee memang sebab nak ada spa sendiri. Impian yang diidamkan sekian lama dari zaman belajar. 

Alhamdulillah spa Liza semakin mendapat rentak dan sambutan amat menggalakkan, customer tidak putus-putus mendapatkan servis dari Hijrah D’Beauty. 

Liza sangat gembira bila dapat puaskan hati customer dengan servis spa ni sebab Liza sendiri memang suka ber’spa’. Lumrah wanita suka kecantikan, dan seterusnya mendapatkan kesihatan yang optimum. 

Jadi, Liza selalu letakkan diri Liza sebagai customer bila Liza servis customer Hijrah D’Beauty Spa. 

Dengan keyakinan dan kehebatan produk Shaklee yang Liza gunakan dalam servis spa, Liza pasti bisnes spa liza ini boleh pergi lebiuh jauh. 


Kejayaan Kedua - Kulit menjadi sihat dengan YOUTH skincare Shaklee



Kalau korang pernah merasa muka bermasalah, berminyak, berjerawat penuh, kulit kusam dan sebagainya, mesti korang tahu betapa peritnya muka dan hati masa tu. 

Memang Liza mencuba bersungguh-sungguh pelbagai produk diluar sana. Korang baca liza di entry ni (Testimoni YOUTH Skincare ) untuk tahu testimoni Liza menggunakan Youth dan vitamin Shaklee untuk mendapatakn kulit yang diimpikan . 

Alhamdulillah semakin hari kulit Liza semakin sihat. Ini antara kejayaan liza dan faktor liza felt in love with product Shaklee.


Kejayaan Ketiga - Kaya Ilmu Nutrisi



Bila cerita ilmu nutrisi, rasa dulu berat sangat ilmu ni. Yela dulu masa sekolah sangat-sangat tak suka subjek Biologi. Tak tahu macam mana cara nak senang faham dan ingat segala term sains dalam subjek tu. 

Jadi, bila buat bisnes Shaklee ni, mula-mula memang paksa diri untuk baca, 10 minit buku la baca Liza. Tetapi lama-lama semakin seronok, sebab kita mula kenal badan kita, tahu macam mana nak pastikan badan dalam keadaan sihat, dan dapat bantu orang lain juga menjadi sihat. 

Mahal ilmu nutrisi ni tau, sebab kita bukan guna semata untuk menjual je, tapi kita bagi nilai pada kehidupan orang, dan terutama kehidupan keluarga sendiri. Jadi kita kurang panik apabila terjadi sesuatu kepada keluarga kita bekaitan kesihtaan.


Kejayaan keempat - Lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan orang lain

Dengan bisnes Shaklee dan Mobile Spa Hijrah D’Beauty, ditambah dengan ilmu nutrisi dan kulit yang semakin sihat, Liza menjadi lebih berkeyakinn tinggi untuk berhadapan dengan orang lain. 

Liza akui Liza bukan jenis peramah sangat, ambil masa untuk menegur dan rapat dengan kenalan baru. Tetapi, bila buat bisnes Shaklee, rasa amat mudah mencipta kawan rapat. 

Shaklee bagi pelung untuk kita merasakan diri kita ada kelebihan luar biasa. Dengan produk nya yang melalui penyelidikan terperinci, ramai orang mendapatkan khidmat nasihat dari semua distriubutor Shaklee demi kesihatan mereka. Dengan ini, Liza menjadi lebih terbuka untuk berkongsi segala info dan kebaikan yang bakal customer peroleh dari produk Shaklee.

Alhamdulillah semua customer Liza Dr menjadi kawan baik Liza, dan mereka ni dari pelbagai latar belakang. 

Kejayaan Kelima - Disiplin Dengan Masa

Bak kata pepatah, ‘masa itu seperti pedang, jika kita tidak memotongnya, pasti ia akan memotongmu’. 

Terlalu laju saat detik yang berlalu. Sedar tak sedar, setahun dah buat bisnes ni. Pejam cekik pejam celik, macam-macam cerita sudah tercipta. 

Orang bisnes sangat takut dengan masa sebab masa yang berlalu memang tak boleh diputarkan kembali. 

Selalu liza tanyakan pada diri, masa yang aku gunakan adakah membantu untuk bisnes, dan kehidupan ku atau disia-siakan begitu sahaja? 

Bergelar businesswoman, menjadikan liza seorang yang disiplin dengan masa. Waktu bekerja, bekerja bersungguh-sungguh. 

Bila berbisnes, tak ada orang lain yang pantau kita, kita sendiri kena pantau setiap aktiviti yang kita buat. 

Konsep bonus dan mata bulanan dalam sistem shaklee membuatkan semua distributor akan buat plan dan run plan tersebut pada tempoh sebulan. Kenaikknan pangkat atau bonus yang berganda boleh berlaku dalam sebulan dengan bisnes Shaklee, tidak perlu tunggu tempoh tertentu seperti kerja makan gaji. 

Korang kena pilih masa yang korang ada nak buat apa. Semua dalam tangan korang, pastinya dengan izin Yang Esa.

Kejayaan keenam - One of Team Jutawan , Circle Yang Hebat




Adalah satu kejayaan bagi liza apabila buat bisnes dapat masuk team yang hebat. 

Hebat bukan bermaksud jumlah sale semata-mata, tetapi hebat yang dimaksudkan ialah hebat dari segi fizikal, mental, spiritual.

Tidak lupa juga hebat mengurus keluarga, mengurus team, mengurus bisnes. Serba serbi boleh. 

Bila masuk circle yang hebat, korang terpaksa menjadi hebat juga macam mereka. Semua automatik, automatik menjadi hebat, best nya kan!

Happy je rasa nak buat bisnes bila dapat circle yang membantu dan positif. Ilmu-ilmu yang sifu-sifu kongsikan dalam team ni, ilmu berjuta nilaian ringgit. 

Mereka dah pernah lalui apa yang kita rasa, semestinya mereka nak bantu kita menjadi lebih baik dari mereka dan tidak melakukan kesilapan yang sama yang pernah dilakukan oleh mereka. 

Liza sangat mengalu-alukan korang yang nak menjadi salah seorang partner dalam Hijrah Empire dan secara automatik menjadi salah seorang Team Jutawan. Syok kan!


Kejayaan Ketujuh- Keep On Fire

Kejayaan yang ni sangat liza rasakan sekarang. Bila buat betul-betul, dalam circle yang betul, dengan produk yang bagus, Liza rasa sentiasa ingin berkongsi dan membantu orang lain. 

Effect dia bukan dalam bisnes je, tapi dalam kehidupan seharian juga. Kita akan rasa beza bila kita buat sesuatu bersungguh-sungguh atau sambil lewa. 

Peringatan, perkongsian dan cabaran yang selalu dibuat antara distributor shaklee, menjadikan Liza seorang yang sentiasa sedia untuk bertindak., tiada alasan, just do and do. Now or never!

Alhamdulillah itu 7 perkongsian kejayaan Liza dalam bisnes shaklee sepanajang 1 tahun ini. Terima kasih yang menbaca sehingga habis. Hari demi hari, kejayaaan bakal tercipta bersama Hijrah Empire.

Liza merupakan distributor Shaklee di Jajahan Pontian dan Tangkak. #ShakleePontian #ShakleeTangkak .
Anda nak jadi sebahagian dari Hijrah Empire dan Team Jutawan?
Roger Liza ok, kita cipta kejayaan bersama

Direct PM 👉 Liza


Cik Noraliza
Pengasas Hijrah D'Beauty Spa (Home And Mobile Spa)
Shaklee Independent Distributor

Liza Hijrah DBeauty +6011 1564 0454

Comments

Post a Comment

Popular Posts