Cara buat Gratitude Journal untuk berjaya dalam bisnes

Assalamualaikum korang. Liza excited sangat nak share pasal Gratiude Journal ni sebab Liza baru je dapat ilmu ni dari Master Tiera, Master Shaklee Liza. 

Ok ni la Master Tiera, comel kan orang nya.


Apa itu Gratitude Journal(GJ) atau dalam bahasa Melayu, Jurnal Kesyukuran

Ok, Gratitude Journal ini ialah 'Syukur in advance'. maksudnya korang bersyukur gila-gila macam korang dah dapat/capai apa yang korang syukuri.


Contoh, korang target nak gaji 5 angka. Korang dah bersyukur dah korang dapat gaji 5 angka, padahal belum dapat lagi. Bersyukur seolah-olah korang dah grab dah gaji 5 angka tu tau.


Penting ke buat GJ ni?


Penting, sangat penting. benda paling penting dalam hidup kita ialah BERSYUKUR!


Bersyukur dalam apa jua keadaan yang korang tengah hadapi dan akan hadapi.


Korang pegang janji Allah,


لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ


- Jika engkau bersyukur, aku akan tambah lagi nikmat tapi jika kau kufur , sesungguhnya azab aku amatlah pedih [surah ibrahim ayat 7]





Ok, sekarang Liza nak share macam mana buat Gratitude Journal


Ni contoh yang Liza punya:


First, Korang senaraikan 10 kesilapan lama yang menyebabkan korang gagal dengan bisnes korang.


1) Tak fokus dalam bisnes

2) Solat lambat
3) Tak tambah Ilmu Nutrisi (Sebab Liza bisnes produk kesihatan)
4) Malu nak blast mesej dekat orang
5) Sibuk buat benda lain, banyak bisnes lain
6) Tak konsisten makan Shaklee (Produk yang sendiri jual tapi tak konsisten makan)
7) Tak konsisten sahre tentang bisnes di media sosial (Facebook, Instagram, Youtube, website)
8) Tak konsisten bangun tahajud
9) Banyak buang masa
10) Tak yakin dengan diri sendiri

Ok settle 1 step.


Second, Korang tukar kesilapan-kesilapn korang ni dalam bentuk positif, yang boleh menjadikan bisnes korang berjaya.


Macam ni:


1) Ya Allah, terima kasih Ya Allah kau permudahkan urusan perniagaanku. Terima kasih Ya Allah Kau beri aku rezeki mencurah-curah dengan mudah, effortlessly. Terima kasih Ya Allah Kau bimbing perniagaanku setiap hari, Kau bantu aku untuk berkongsi tentang ilmu kesihatan kepada sangat ramai orang. Kau bantu aku bina team yang sangat bersemangat dan mudah untuk berjaya. Terima kasih Ya Allah kau naikkan rank aku ke Supervisor Liza April 2020 dengan cara yang sangat mudah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kau bantu aku untuk aku bantu team aku mendapat rezeki yang halal, hasil perniagaan ini Ya Allah.


2) Ya Allah, terima kasih Ya Allah Kau sentiasa ingatkan aku Ya Allah untuk solat awal waktu. Terima kasih Ya Allah kau beri aku rumah, bilik dan tempat yang selesa untuk aku beribadah Ya Allah.


3) Ya Allah, terima kasih Ya Allah kau permudahkan aku mempelajari sebahagian ilmumu Ya Allah. Kau bantu aku memahami ilmu kesihatan ini untuk aku berkongsi tentangnya kepada orang lain Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kau beri aku akal yang cerdas dan bijak, serta ingatan yang kuat. Terima kasih Ya Allah.


4) Ya Allah, terima kasih Ya Allah kau beri aku kekuatan untuk aku berkongsi dengan ramai orang, ilmu yang aku dapat Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kau beri aku handphone untuk aku mudah berhubung dengan customer aku. Terima kasih Ya Allah Kau datangkan rezeki kepadaku dari arah yag tidak disangka-sangka.

Ya Allah, terima kasih Ya Allah kau kurniakan kesihatan kepasa semua customer ku Ya Allah. Kau tarik semua sakit yang ada pada customer ku Ya Allah.

5) Ya Allah, terima kasih Ya Allah yang junpakan aku dengan vitamin Shaklee ini Ya Allah. Vitamin Shaklee ini semua sumber dari tumbuhan yang Engkau cipta Ya Allah. Vitamin ini hanya asbab untuk kami ikhtiar sihat. Hanya Engkau Yang Berkuasa menyembuhkan dan memberi manfaat Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kehebatan semua ciptaanMu Ya Allah.


6) Ya Allah, terima kasih Ya Allah kau bantu aku urus masaku dengan sebaiknya. Kau mudahkan urusan perniagaanku bermula dari order, pengeposan dan pengambilan vitamin setiap customer ku Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kau beri aku custome yang sentiasa positif, yang mudah berurusan, yang kuat kebergantungannya kepadaMu, yang selalu menceriakan dan selalu tersenyum bahagia. Terima kasih Ya Allah Kau bantu aku fokus dalam perniagaan ini sehingga aku berjaya Dunia Akhirat Ya Allah.


7) Ya Allah, terima kasih Ya Allah bantu aku berkongsi ilmu dalam semua channel teknologi yang ada, whatsapp, instagram, facebook, youtube juga website. Terima kasih Ya Allah permudahkan aku untuk konsisten post dan berkongsi setiap hari. Terima kasih Ya Allah Kau beri ilmu yang bermanfaat untuk aku dan orang lain.


8) Ya Allah, terima kasih Ya Allah Kau bantu aku bangun malam. Kau permudahkan aku bangun setiap hari untuk bermunajat kepadamu. Terima kasih Ya Allah Kau bangunkan aku pada wakty malam untuk aku bertaubat dan memohon pertolongan dariMu. Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung dan tempat aku minta pertolongan.


9) Ya Allah, terima kasih Ya Allah Kau kurniakan  24jam masa kepadaku untuk aku menyusun keluarga, menyusun amalku juga menyusun perniagaanku dengan sebaiknya. Terima kasih Ya Allah Kau bantu aku mengisi masa yang ada dengan perkara-perkara yang sangat berharga. Terima kasih Ya Allah kau mengingatkan aku untuk menghargai setiap detik yang berlalu.



10) Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih Ya Allah, Kau tingkatkan keyakinan diriku untuk aku menjadu seorang usahawan yang cemerlang dan berjaya. Terima kasih Ya Allah Kau menjadikan aku leader yang baik, bijak mudah dibawa bincang dan mampu membawa Team Hijrah Empire ke puncak kejayaan dengab RedhaMu. Ya Allah, terima kasih Ya Allah kau menjadikan aku seorang yang kreatif, tenang, adjustable dalam mengurus perniagaanku. Terima kasih Ya Allah menjadikan aku seorang leader yang positif,cekal dan sentiasa bersemangat.

Terima kasih Ya Allah.


itulah contoh Gratitude Journal.


Next, baca balik semua Gratitude Journal yang korang dah tulis



  • Baca dalam keadaan duduk tegak
  • Buat breathing bernafas guna perut
  • Then, start baca GJ yang uolls tulis
Ok itu sahaja sharing Liza untuk entry ni. Jom sama-sama buat Gratitude Journal ni setiap hari. Semoga Liza dan korang berjaya dalam apa jua bisnes yang korang tengah run.

Oh ye, kalau korang nak join bisnes Shaklee dengan team Liza, roger Liza dekat no bawah ni ye.

Supervisor Liza April 2020
Pengasas Hijrah D'Beauty Spa (Home And Mobile Spa)
Shaklee Independent Distributor
Liza Hijrah DBeauty +6011 1564 0454






Comments

Popular Posts